selamat datang ke http://kelabgemersik.blogspot.com/ "Gemersik Suara, Selunak Bicara"

Sunday 24 July 2011

Pentingkah pengacara bagi sesebuah majlis?

gambar hiasan

Baru-baru ini saya menghadiri satu majlis perkahwinan anak perempuan kepada seseorang yang bergelar Dato' di ibu negara, Kuala Lumpur. sememangnya persiapan majlis ini amat 'perfect'.Bermula dari pernikahan,persandingan dan kenduri.Semuanya amat cantik seperti yang kita selalu lihat di kaca TV seperti rancangan NONA dan  Cerita cinta.Maklumlah mereka mengupah orang untuk mengendalikan majlis kecuali pengacara majlis mereka meminta salah seorang dari anak saudaranya untuk menjadi pengacara majlis dengan sebab dia lebih tahu semua ahli keluarga yang akan di panggil untuk tepung tawar. pengacara ini tidak pernah menjadi pengacara majlis.akibatnya majlis menjadi rosak dek kerana kesalahan mc.

Maka kita berbalik kepada persoalan kita.pentingkah pengacara bagi sesebuah majlis?
ya!
Amat penting.
"Seseorang mc lah yang berupaya melonjak sesebuah majlis tu dari tahap gagal kepada tahap berjaya walaupun seberarnya majlis tersebut rosa.tetapi di mata tetamu ianya berjaya dengan jayanya."

jadi sekarang persoalannya kenapa saya katakan majlis tersebut gagal?

1.Pengacara majlis terlalu gugup sehinggakan menjejaskan pertuturannya
kemungkinan kurang berkeyakinan atau mungkin terlebih yakin sepatutnya mc perlu lebih mencari keyakinan dan kurangkan keserlahan darah gemuruhnya.Jika mc gerun terhadap tetamu yang hadir, dia boleh mengambil langkah 'pandangan z' atau pun 'spoted person' bagi mengurangkan kegugupanya.

2.Salutasinya tidak mengikut etika protokol.
Ini sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. Bagi seorang mc. Dia perlu tahu etika protokol serba sedikit untuk membantunya membuat salutasi dengan betul.

3.Ayat yang digunakan tidak sesuai untuk majlis kahwin seperti ini.
Sepatutnya ayatnya lebih berbunga dan berirama bagi menyerikan lagi majlis perkahwinan yang ala mewah ini.

4.Teks mc dibuat dalam iphone
Tak salah mengunakan teknologi tetapi iphone itu kecil dan susah di gunakan. Malah menjadi susah digunakan apabila diri pnegacara itu sendiri bercampur baur dengan darah gemuruhnya.

5.Mengunakan suara dan jeda yang salah
Ini memerlukan latihan untuk mencari suara dalam perutnya dan mengetahui jeda yang betul. Boleh la join Kelab Gemersik ya.

p/s: Kita belajar melalui kesalahan.Pengalaman merupakan guru terbaik yang mengajar kita erti kehidupan.

Saturday 23 July 2011

Mukadimah

Kelab Gemersik merupakan kelab kebudayaan di bawah AKASIA yang masih baru di Universiti Malaysia Terengganu. Dengan berteraskan latar belakang kebudayaan, kelab kerdil ini merupakan satu-satunya kelab yang mengetengahkan pengacaraan sebagai asas penubuhannya. Setiap ahli kelab akan dilatih setiap minggu dengan ilmu-ilmu pengacaraan majlis formal mahupun tidak formal. Malah kelab ini telah melangkah satu tapak ke hadapan dengan menerapkan selok-belok protokol di dalam latihan di mana etika berprotokol ini mamat penting bagi seorang pengacaraan.
Melalui blog ini, pihak kelab ingin memberi sedikit ilmu pengacaraan yang boleh di kongsi serta menjadi medium media ini sebagai wadah untuk memberitahu perkembangan aktiviti kelab kerdil ini.

p/s: untuk entry akan datang insyaalah admin akan letakkan semua carta organisasi kelab, sejarah penubuhan, aktiviti, percapaian, kalam alumni dan sebagainya.