selamat datang ke http://kelabgemersik.blogspot.com/ "Gemersik Suara, Selunak Bicara"

Thursday 1 December 2011

Apa yang anda perlukan untuk menjadi seorang pengacara?

Assalamualaikum dan selamat pagi.... 

Entry saya kali ini ditulis pada pukul 4 pagi oleh kerana berlebihan kafen dalam salur darah.... (credit to Nescafe Original)... Biasanyer minum bende tu x de effect, tapi kali ni terlebih effect pulak.... (mungkin sebab petang tadi dah melantak tido.... So, apabila rasa boring, saya mengambil keputusan untuk update blog.....

seriously, jangan jadi macam ni.. hahahaha.........

Entry pagi ini berkisarkan bagaimana nak jadi seorang pengacara majlis..... Pertama sekali, diakui bahawa saya bukanlah seorang pengacara yang berpengalaman luas jauh sekali seorang pengacara majlis profesional, tetapi saya ingin berkongsi sedikit-sebanyak ilmu kepada orang lain yang berhajat nak berjinak-jinak sebagai pengacara. So, kalau ada sebarang kesilapan, harap dimaafkan ye.

Tidak dinafikan, setiap manusia mempunyai bakat tertentu dalam sesuatu bidang. Dalam bidang pengacaraan, terdapat beberapa insan terpilih yang telah dianugerahkan bakat semulajadi dalam mengacara. namun begitu, sebenarnya bakat pengacaraan bagi kebanyakan orang bukanlah datang secara semulajadi, kebanyakan dari mereka bermandi peluh dan keringat untuk membentuk personaliti dan bakat menjadi pengacara majlis (Credit to Abg Bubu for thease word). sungguhpun suara anda kurang sedap didengar, sifat anda yang sangat pemalu, anda mempunyai darah gemuruh dan lain-lain penyakit kronik semasa berhadapan dengan orang ramai, perkara tersebut dapat dikikis dengan:

  1. Semangat ingin berubah yang kuat.
    • ok, dengan semangat yang kuat dan matlamat yang jelas, gunung pon anda boleh alihkan (err, metafora je ye...). seseorang yang mempunyai semangat dan matlamat yang kukuh mampu merubah diri sendiri. jikalau anda seorang yang pemalu atau berdarah gemuruh, cuba kuatkan semangat dan mencabar diri anda untuk kehadapan. kata pepatah, "Mana nak dapatkan sagu kalau x dipecahkan ruyong" (sungguhpun sagu boleh didapati dikedai runcit sekarang, itu bukan persoalanya.) bermaksud, kalau x berusaha mana nak berjaya. jadi, dengan azam yang kuat, kita akan lali dengan kutukan dan kita akan tetap engan matlamat untuk berubah menjadi lebih baik.
  2. Tidak mudah menyerah kalah"
    • there is no such things as failure in an action, its either you succeed or you have't found the right method to success" -Afiq 2011- (quote sendiri yang dicipta masa karang entry ni)
  3. Belajar dari pengalaman
    • ok, ini paling penting. pengalaman adalah guru paling jujur pada kita. "It slap you with mistake instead giving you the right answer so that you could learn from it: that is experience"
Jadi, apa yang sebenarnya diperlukan oleh seorang pengacara? apa yang diperlukan untuk memulakan bidang pengacaraan majlis? jawapanya ialah :

  1. Guru atau Mentor
    1. Guru merupakan perkara yang utama untuk bermula, carilah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas untuk membantu anda bermula. mereka akan mengajar dan berkongsi ilmu dengan anda. juga diingatkan, jangan malu untuk belajar walaupun guru atau mentor anda itu adalah individu yang lebih muda kerana pengalaman dan ilmu tidak terbatas pada had umur.
  2. Hati yang tabah
    1. Hati yang tabah? Kenapa? Kerana manusia sentiasa melakukan kesalahan. Sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui dan sedar tentang limitasi manusia. kadang0kala seorang pengacara profesional juga melakukan kesilapan. akan ada orang yang menegur anda selepas atau semasa anda mengacara sesebuah majlis. kadang-kala teguran itu lembut, tetapi kadang-kala teguran itu sangat kasar dan menyentuh lubuk hati. so, kuatkan diri dan anggap teguran itu sebagai teguran membina.
  3. Penguasaan teknik kendiri dan persekitaraan
    1. perkara ni sangat panjang untuk diterangkan, Insyallah saya akan terangkan dalam entri akan datang...
Dan, itulah sahaja yang saya dapat kongsikan pada malam ini. Perkongsian saya adalah lebih kepada perkara yang telah saya pelajari dari Mentor, Guru, Senior, Kawan-kawan, dan Lain-lain individu yang terlibat. saya harap perkara tersebut akan membantu anda untuk bermula. nantikan entry saya pada masa hadapan (seriously kalau rajin). so, selamat mengacara dan bergembira selalu.....

-Kentang Style 2011-

Sunday 27 November 2011

~~Majlis Penutup Festival Seni Dan Pengucapan Awam (USHER??)~~

Pengalaman jadi usher
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Orite... selalu saya asyik update pasal menajdi seorang pengacara majlis je kan, kali ni saya telah berpeluang menjadi seorang usher bagi adik-adik tahun satu yang memenangi pertandingan “Junior Top Host’s UMT 2011” a.k.a JrTHUMT 2011 ape tu JrTHUMT? Hurm, mcm mana nak cakap ye~~~
JrTHUMT tu adalah satu pertandingan sempena Festival Seni dan Pengucapan Awam UMT 2011. Masuk tahun ni dah tahun ke-2 dianjurkan. Memang hevoc giler pertandingan tu. Ala-ala Top Host TV3 la katakan...
Ok, jauh sangat melalut. Back to the story, pemenang pertandingan tu diberi mandat sebagai pengacara tidak formal masa majlis penutup FSPA UMT (memandai je bagi nama singkatan, harap korang x marah). Kira diaorang sangat bertuah kerana dapat naik jadi MC untuk pogram besar macam tu coz saya pon x pernah dapat masa tahun 1.... Hehehe....  FYI, pemenang malam tu ialah:

·         Johan (L) : ZULQARNAIN B. MUSA
o   Johan lelaki yang sempoi, Zul ni pelajar tahun 1 Sarjana Muda Sains Samudera. Suara dia sedap dan gaya persembahan yang menarik. Mempunyai perwatakan yang menarik semasa mengacara dan tenang.
·         Johan (P) : NUR ADILA WAHIDA BT MD ISA
o   Johan perempuan, adik Adila ni dari Kos Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam), suaranya seiras pengacara rancangan Wanita Hari Ini TV3 (saper x ingat nama). Serious, x tipu punye.....
·         N.Johan (L) : MOHAMAD TERMIZI B MOHD ALI
o   Saudara Termizi ni dari Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai). Gaya ala-ala pelakon lelaki Jepun, dan sangat kreatif dan sempoi mengacara. Sangat sesuai untuk event pengacaraan tidak formal.
·         N.Johan (P) : NOR SORAYA AZURIN BT WAHIR
o   Cik Soraya ni dari Sarjana Muda Sains Matematik Kewangan (Junior Dell, hehehe), lenggok suara sebagai MC sangat sedap didengar. Baru tahun 1. Terpaksa menggantikan johan adik Adila utk malam penutup coz Adila ada exam malam tu.
·         Ke-3 (L) : AHMAD ADLI BIN MOHD AKHIR
o   Saudara Adli ni pon sangat sedap suara dier. Dier ni pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Sangat sesuai untuk event formal. Paling menyerlah masa task Malam Gaza yang diberi pada pusingan semi-final.
·         Ke-3 (P) :  NUR ASMA BT MOHAMAD RAMLI
o   Adik Asma ni dari Sarjana Muda Kaunseling (Junior Abg Mazzaid), sangat2 comel dan mudah tersenyum. Suara pon best didengar. Fleksible untuk event formal dan tidak formal. Serious, kalau x percaya tanya kat juri2.

P/S : Kalau nak tempah MC Majlis boleh la PM Fb Saudara Dell di (https://www.facebook.com/fadli.hussin), isi borang ye...... kalau x president marah.. hehehe...

Ok, jemputan malam tu adalah TNC Hal Ehwal Pelajar Dan Alumnai (HEPA) UMT.  So sangat berdebar la adik-adik saya nih (mengaku adik konon, siot je....).

Event malam tu secara magiknyer start awal, kul 8.30malam dah start. Penonton nampaknyer tak ramai mula-mula. Dan adik-adik kat belakang pentas sangat sibuk melancarkan skrip. Apa yang saya boleh buat masa tu Cuma bagi kata-kata semangat n dapatkan air, nasib baik ada seorang adik (adik lagi) dari kelab EmAC yang ditugaskan jadi usher untuk MC gak (nama adik tu ialah saudari . So kurang sikit bebanan (cakap macam banyak sangat keje, tapi x de la keje sangat malam tu). Tup, tap masa berlalu dan mc malam tu sangat bijak mengawal suasana. Walaupun ada sedikit kesilapan, tapi lumrah sebagai seorang manusia dan apatah lagi seorang yang baru menimba pengalaman, kesilapan tu biasa berlaku. So secara keseluruhanya saya berpuas hati dengan persembahan mereka pada malam tu, tahniah kepada adik Zulqarnain dan adik Soraya (johan ade test, so n.johan ganti) atas keberanian dan kesanggupan mengambil tanggungjawab pada malam tu.

So, secara kesimpulanyer. MC memerlukan usher untuk membantu kalau ada pertukaran last-last minute dan tugas-tugas kebajikan MC. Tak kan nak suruh MC lari-lari amik air untuk diri sendiri kan? Hahaha. Kesian diorang, belum start event nanti dah lelah nak baca skrip (ok, gurau je.). Namun begitu, tak semua event memerlukan usher. Usher sangat penting untuk event-event besar dan serdehana kerana MC conferm x boleh tinggalkan tempat mereka. Usher juga sangat penting untuk beri kata-kata semangat dan menenangkan MC. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami bidang ni bolehlah menghadiri latihan kami. Sekian......
Terima Kasih...

~~Gila Kentang Production~~

Penafian : Pihak ApexWood tidak bertanggungjawab atas segala tekanan perasaan dan jiwa pembaca yang cuba mencari gambar-gambar pemenang yang kacak, comel, cantik, bergaya dan manis untuk artikel ini kerana penulis artikel ini tidak mempunyai gambar mereka.(saya pon tengah cari gambar ngan Fb diorg untuk tujuan publisiti taapi x dapat... sori...) Pihak kami juga tidak dapat menyediakan gambar penulis yang bertugas untuk kali ini kerana gambar tersebut tidak dapat diambil dari pihak berkenaan.

Saturday 26 November 2011

Pengalaman Berharga..

Assalamualaikum semua..mintak2 semua sihat la ye..aritu kan sy ade bgtaw nk cite sal event2 yg pnah sy kndalikan sbg MC..so tok entry ni sy nk cite la serba sket antara event2 yg pnah kndalikan..mcm2 knangan, suka duka dan pengalaman spnjg sy mnjd MC di UMT ni..tp sebelum tu mehh tgk senarai event2 yg pnah sy join..

·         Program Sepetang bersama Rosyam Nor
·         Malam Gemerlapan Seni bersama Zahiril Adzim
·         Malam Penutup Pesta Konvo bersama Dafi
·         Malam Anugerah Kepimpinan Pelajar (MAKEP)
·         Malam Penutup Minggu Jalinan Mesra (MJM)
·         Program Kembara Budaya UMT dan UITM
·         Majlis Makan Malam bersama Fasilitator MJM
·         Program Bersama GPMS
·         Majlis Berbuka Puasa SPR
·         Program bersama Timbalan Naib Canselor (HEPA)

Ha, itulah antara event2 yg sy ingt mase nk tulis entry ni..hehe..xpe2..x pnting pn nk senaraikan semua..Tp ape yg sy nk kongsikan sebenarnya untuk mjd MC yang baik bukanlah bergantung kpd brapa byk event yg anda kendalikan sbg MC tetapi berapa byk ilmu yg anda dpt semasa mengendalikan sesuatu event tersebut..mungkin sy bruntung sbb dberi peluang untuk mngendalikan pelbagai event yg berbeza2 tetapi ini tdak bermakna sy bgus..ramai di antara kalangan kita yg bgus tetapi kurang diketengahkan..Apa yg penting bg sy adalah setiap mjlis yg anda kendalikan haruslah dilakukan dengan sebaik mungkin..pengalaman itu yg mhal harganya..jd jgn lepaskan peluang untuk mnjd MC di UMT..rebutlah peluang yg ada..(MCM IKLAN TV la plak..hek3..)


Baiklah, sy rase kali ni sy nk cter pengalaman sy sbg MC bg Majlis Penutup Minggu Jalinan Mesra Sesi 2011/2012 Program Sarjana Muda, Universiti Malaysia Terengganu..Ok, majlis ni berlangsung di Dewan Sultan Mizan (DSM)..Dewan utama Universiti tuu..mmg mencabar tok jd MC di DSM..yela dewan besar beb..CUAK gak r..da la last minute punye preparation..ssb diberitahu utk jd MC ni pn dlm mase yg sngkat..mmg slambe j la mlm tu..spontan abis..wlupun sblum ni byk gak jd MC tp rase gementar tu mmg ade..Tp nseb baik ade Zulaiqha Zulkifli..hehe..Ini adalah kali pertama ni kami digandingkan bersama sbg pengacara..Jadi ini cabaran buat kami..Kak Iqa ni merupakan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UMT dan juga Ahli KELAB GEMERSIK..SENIOR tuu..hehe..memang berbakat dan berpengalaman dalam bidang pengacaraan ni..Dialah yg byk mmbantu dari segi mewujudkan keserasian antara kami..


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan sempurna..wlupun sy rase mcm sy x buat yg terbaik mlm tu tp respon yg dterima, Alhamdulillah positif semuanya..tp sy rase msih byk lagi klemahan2 yg perlu diperbaiki..Untuk mlm tu mcm2 persembahan yang menarik dan best gak la yg telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar baru ni..kalau kowang nak tau, mereka ni hanya diberikan masa empat jam sahaja untuk berlatih membuat persembahan..tp persembahan mereka memang tidak menghampakan..Semua tetamu kehormat dan pelajar-pelajar terhibur dengan persembahan mereka..Majlis mlm tu diakhiri dengan gimik yg cukup mnarik oleh fasilitator2 MJM ni..mmg satu pengalaman yg ckup brmkne..rasenya smpai sini j la k..untuk cite psal event2 len nnt sy kongsi len mase lak k..THANKS kpd yg sudi bca..K SALAM~



TIPS:
Sentiasa membuat persediaan awal sebelum mengacarakan sesuatu majlis..Seperti tahu mengenai tentatif perjalanan majlis dengan lebih awal, senarai Tetamu Kehormat, menyediakan teks MC dgn btul dan teratur dan harus berbincang dgan pasangan MC sebelum mjlis supaya tidak berlaku percanggahan..




By Hanif Sainorudin@ Han

Bermulanya seorang Pengacara..

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT SEJAHTERA  kepada semua yang sudi and nak bace bnde ni..hehe..saje nak bkongsi pengalaman..mungkin kowang tertanya-tanyakan…?????? apalah yang mnarik sgt yang sy nk cite ni kan..penting k???best k??harus k bce bnde ni???MMG HARUS PN BCE SMPAI HABIS..haha..ecely sje j nk kongsi pngalaman..k2, straight to the point, nk cte psal jd pngacara..BEST2!! truskanlah mmbace yer..hehe..pengalaman jadi seorang pengacara sesuatu majlis ni mmg best n bmkne bagi saya..OPPSSS..lupe lak nak kenalkan nama..ok, saya HANIF SAINORUDIN dan membe2  panggil HAN..bukan HANS ISAAC yer..H.A.N j..hehe..merangkap TIMBALAN PRESIDEN 1 KELAB GEMERSIK Universiti Malaysia Terengganu..KELAB YG PALING KUCINTAI..CEEWAAAHHH..HAHA..


Sebenarnya sy dah melibatkan diri dlm bidang pengacaraan ini sejak sekolah rendah lagi..myb da terbiasa kot ckp kt depan org ramai dan byk menyertai pertandingan2 yang memerlukan sy bckap..so slalu la dipanggil tok jd pengacara aka MC tok event2 skolah..then bakat yg x seberapa ni (merendah diri jap..hehe) telah pn dicungkil oleh ckgu mase skolah menengah yang mungkin nmpak bakat saya dlm bidang pengacaraan ni dan melatih saya untuk mjadi PENGERUSI MAJLIS Forum Remaja..First time tu msuk ptndgan tok MC..Bdeboor j time tu..Ahamdulillah, kami menjadi JOHAN mase tu..Dan paling membanggakan, sy telah diumumkan sebagai PENGERUSI TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN..tak sngka woo..cm nk lompat j time umum tu..tp nseb bek leh control..hahaha..Alhamdulillah...ha tp ingt!! ni bukan nk berbangga tetapi hanya sekadar berkongsi cerita..hehe..dari situ la BERMULANYA mnt sy dlm pengacaraan ni..Ok tu cter time skolah2 dlu..sje j nk bg pnjg cter ni..bukan slalu dpt karang bnde2 cmnikan..hak3..lgpun ni entry pertama dr sy..so kire cm sesi bkenalan la kan..hek3..k la nk cter pengalaman kat universiti plak..
       
Ok, sy mule aktif dlm mengacara kat UMT ni sebab sy join KELAB GEMERSIK ni la..nme klab ni pn da best kn..hehe..ingt lg mase mula2 msuk, hari pertama tu da kne buli ngn senior2..dowang suh kenalkan name, tmpt tggal, kos n de la lg..yg pling x mnahan tu suh wat TAGLINE diri skali..ala-ala cm AF tuu..haha..lawak gak r..msg2 de tagline..mase tu mmg mlu gak r..da tu men hentam j la..jdnye lupe da ape tgline yg sy gune time tu..haha..tp seronok gak r..pastu SENIOR2 ni plak suh jual BASIKAL..(dlm ati hek ele pehal kne jual basikal plak ni..ni kelab pngacara ke kelab jual brg ni???)..plek gak r..tp nak x nk ikut j la..xkn nk lari plak kn..k pas abis tu dowang gtaw la sbbnye nape dowang bg task cmtu..SBBNYE nk suh kitowang ni KREATIF..kreatif cmne nk jual basikal tu..cmne nk trik perhatian org suh bli..ape yg ade kat basikal tu yg mnarik smpai org sggup bli..dan mcm2 lg la..itulah task pertama sy sbgai ahli KELAB GEMERSIK mase tu..tp sekarang sy SENIOR da..so bleh la buli adik2 ni plak..haha..xde la..men2 j..ok untuk entry pertama sy ni sy citer smpai sini dlu ea..cite2 sal event2 lain yg pnah sy kndalikn sbgai MC akan mnyusul x lma lg..k TUNGGUUUU…




TIPS:
Kepintaran berfikir, kepetahan bertutur, ketajaman pengamatan, berfikiran kreatif, dan bersedia mempelajari sesuatu yang baru adalah antara ciri-ciri seorang pengacara yang baik..



By Hanif Sainorudin @ Han

Sunday 30 October 2011

Cerita Suka Suki

Hai sumer
Just nk sharing pengalaman 1st time jd usher J
So 24.9.2011 yaya ditakdirkan jd usher
untuk mc dlm majlis :

Majlis Orientasi dan Jamuan Hari Raya Bersama Pembimbing Siswa
Jabatan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim

 USHER ..
msti ad yg kta usher ja pon.jakunnya beliau...
*beliau merujuk kpad sy.hrap maklum..:P
hhaha.mmg jakun sbb 1st time kn.
so,ive been told to wear bju kurong 4 dt nite n im wearing my bju raya..
*bju sya biasa shja , x meriah,tiada lbuci2 blink2 or wt so ever ~
nma pon usher kn so prlu ke meriah bagai??
forget bout the looks.think dt im so tah papa with d burn face.
sy dh gelapppppp * mcm la puteh sgt kn sblom nih.hahaha.
siyesly mcm ap lg dgn muka burn,tgn burn,calar2 habes sbb bru blek dri survival laott.
*who are still blur about d survival laut,plis plis plis ignore it cuz theres no post bout that.
so,jd usher.hahaha.actually im just d usher 4 mc not 4 d protocol sgala bgai yg mnyushkan uh.
but then i've been asked by abg amin(senior!!,sbb tu abg) to serve d DATO' dekan
wey,dato' kot!cmna aq nk wt.siyesly gelabah puyuh x hengattt r..
siyesly nursyifaaizzatibintiabd.aziz time tuh mmg tah papa sgt.
mmg wt is d fishh la knnnn -____________-
tw x kna wt ap..kna tuang aerrr ..hahahahaha..mmg aq nk gelak bla egt blek.
tuang aer tu mmg la kja yg sgt senang klo nk tuang kt ABAH aq atw pon pkwe trsyag.
tp msalahnya beliau adalah dato' dn org2 yg ad kt mja vip tu adlah org yg brpngkat tggi.
tuang aer yg sptutnya x tumpah pon TUMPAH !! malunyaaaaaaaaaaa :(
awk tu prempuan tuang aer pon FAIL.huh!mcm xlpas je nk KAWEN !!!
tu aq yg kta la bkn dato' tu.hahaha.
tp kan kan kan sila SALAHKAN kegelabahan saya.
itu mmg bukan diri saya yg sebenar la.sy mmg pandai tuangkan aer.
so,MAAF dato' :) :) :)
but,luckily beliau xprasan pon..skit je tumpah..then cek cpat2 lap dgn tisu.hhaha.DAMN !!
n siyesly jugak im forgot d real way how to tuang aer..nk msok belah mna.
OMG!!i've learn it before in dinamica class..i've learn d protocol n wtsoever..
but but but !!!! as usual manusia kn CEPAT LUPA.ok .itu saya..!!!
erkkk..mungkin itu je kot yg ptot distoreyymoreykan..
tiba2 keringkontang idea yg ad!!!
tp siyesly best la.pglamannnnnnnnnnnnnnn :)
ok la tu je kot tuk entry niiihhh..
salam perantauan dari terengganu ke KEDAH !!

ni la mc untuk program Majlis Orientasi dan Jamuan Hari Raya Bersama Pembimbing Siswa
Jabatan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim...sy usher je..so x de la gambar...hihihi

by yaya

Malam Semarak Seni Sempena Karnival Koperasi Bersama IPT 2011 Anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Hai sumer
Menjelma lagi yaya di sini
Kali ni nk citer psal event

Malam Semarak Seni
Sempena Karnival Koperasi Bersama IPT 2011
Anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Event ni tarikh dy 21.10.2011 ( Jumaat,8.30pm)
Yaya dpt tw mlm bfore tu,dt means time miting gmersik la
Tp mlm tu dtg lmbt sgt(ad class) if im not mistaken dlm 11 lbeh bru pg miting
Amat trkejut ouh after seing d tentative
Cuak sgt sbb ad artis , cuak sbb event tu suppose kak sha n abg bubu pye
Da la kak sha n abg bubu tu sgt hebat kot
So ble tbe yaya yg kna jd mc mstila risau.siyesly risau sgt3
Sbb kita bwk nma gmrsik kan.ap2 hal nma club kna jga.itu haruslah
Abg amer tya lg nk ke ta nk,ta nk nk bg org laen
Trus dlm kpla otk egt kta2 kak sha n kak iqha yg brbunyi lbeh kurg bgni:

‘Rebut peluang yg ad,bla org da bg kite event mknanya org pcyakan kta..bla org pcyakan kita juz wt je kje kita sungguh2..jgn fikir ketakutan tp fikir mcm mna nk overcome rasa takut tu’

Dan akhirnya laju je yaya ckp kt abg amer nak nak nak .3x nak J
So ap2 yaya just bncg gn Dell sbb Dell partner yaya tuk mlm tu
Siyesly Dell sgt3 mbntu.Thanxs Dell
Tp tugas sbgai mc bukan sng,msalah akn tmbul bla2 msa je
Msalah kitorang bla tentative dpt mcm lain
Dh prepare siap dgn sgala text tba pgi ptg tu jd mcm laen
B4 mjlis start dh btukar n time mjlis start pon still tuko lg
N event yg spatutnya end pkul 10.30 akhirnya jd 12 sumthing
Tp itu normal la mmg kta xdpt lri dri msalah2 yg x dpt dielakkan J

Cuma nk kongsi 1 bnda kt sni
Hehehehehehe
1st time ooo tgok abg amer GARANG J
Bdw x kisah pon , itu kan proses belajar

Ok2 jum citer sal persembahan pulak
So antara persembahan malam tu
·         Nyanyian daripada pelajar2 UMT
·         Nyanyian daripada artis : Shark Mentor,Adlina Batrisya Idola Kecil,Megat Nordin(mewakili Malaysia ke London),Megat Haikal(anak Megat Nordin)
·         Tarian daripada Pesadatari,Kelab Kebudayaan Sarawak,Kelab Kebudayaan Sabah,
                                           Wakil Pelajar Cina,Kelab Kebudayaan Barathem
·         Sajak dan puisi loghat Ganu daripada Cik Ibrahim
·         Dikir Barat daripada pelajar2 UMT

Menarik kan persembahan tu
Sumer ada nyanyi,menari,sajak..kira complete la
Tp siyes nervous sgt3,gelabah pya psal smpai tersasul jgk ats stage
Mula2 tu mcm kekok sket la tp bla da pgg mike tu best ouh
Hahahaaaa giler mike kah ? mungkin jgk la
Hhuhuuuhuu tu je la wt mse ni nti org boring plak bebel2 kt sni kan
Daaaaaaaaaaa

poyo x kitorg?hhahaha...

stage yg awesome

shark mentor...

yaya,dell and shark mentor

dh mcm sweet couple kn..?hahahaha..lwk je..

Salam sayang 1 gemersik J

Tuesday 25 October 2011

A Story From an Amateur


Pengacaraan. Ade ape ye dgn pengacaraan ni?
I never thought to involve in this, plus pengalaman memg takde langsung!
Ok2, sebelum start cerite pasal my experience being a Master of Ceremonies a.k.a MC, let me tell you guys how on earth la aku boleh terjebak dalam dunia ni (macam la da selalu jadi mc).

Pade 1 malam yg sedikit hujan, aku plannye nak gi pjumpaan kelab DEMI.
1 kelab ala2 debat.
Haha, zahirah debat? entah la bile jadi realiti.
Ok2, back to the story la, aku & rumate sesat dlm pencarian kelab uh.
Kol punye kol, tunggu punye tunggu then kate nye kat bwah khemah putih.
Kitorang pon just terjah je masuk mane2 klompok kat sane and guess what?
“kepada yg baru sampai, selamat datang ke Kelab GEMERSIK”
Haha, aku pon konpius n blur, x lari pon stay je.
Memg daftar lam kelab ni jgk, da tamak nak masuk sume bende kan.
Kelab Gemersik ni 1 kelab pengacaraan.
Enjoy tau!
Never regret pun tsalah masuk group mlm uh.
So from there, aku stick je & sampai hari ni aku adelah ahli Gemersik.

Event sulung aku?
It was on 30th oct 2011, Friday.
-Pertandingan Mencanting Batik Bersama Habibi-
Agak2 ape yg tlintas dalam fikiran anda?
Kompem la batik kn.
Event ni start pagi2 so pulun la dok bangkit pagi2.
Adelah problem2 siket before the day came & and said “hi zahirah! Wake up!”
Partner aku pagi tu aisyah namenye, and event kami serentak dgan event kawan2 kitorang, Teha & Suraya a.k.a Su.
Mule2 start tu, aku tsangat blur and memg jadi kayu la.
Cakap pon brek2, lost my words indeed.
Aisyah banyak tolong backup, thanks to her.
Oh ya, that morning senior ramai trun tolong.
Abg amir, abg dell, abg paan n several lagi, geng2 gemersik pon rmai gk.
Wawa, mimi, faiz, bad, najib, ade la lagi.
Seriously sweet sgt!

Mcm biase la lau ade ptandingan.
Tgok peserta, terjah peserta, tanye pngunjung, attract pngunjung, promote gerai batik, interview tuan punye gerai merangkap owner Habibi Batik, dan etc etc etc.
Event tu start lewat, hbes awal.
Agak2 aku xtau nak cakap ape, kenyit2 la kat aisyah.
Agak2 die xtau nak ckap ape, “ckap la zahirah, ckap la”
Dell byk sgt bantu! Thanks Dell.
 lagi2?

The best part for us………
Kami = Su, Teha, Aisyah and I.
Buat connection time both event tgah jalan serentak.
Pass2 la bile da hbes ayat.
Haha.
Lpas je hbes ptandingan mcanting batik, tibe2 kami kene promote gerai2 area uh.
Jalan je la kan.
Gerai Proton, gerai Nestle, gerai A&W, gerai gambar n etc etc etc.
(dpat air free from A&W)

Nak cerite banyak tapi x banyak cerite.
But, something I wanna share is kelab ni memg enjoy + bermanfaat.
It’s a platform for me to challenge myself bile bercakap dgn org and to improve my confidence level.
Dalam kelab Gemersik ni, kite blajar mcm2 including how to attract audience, formal ke tak formal, penggunaan suare n mcm2 la.
(promoting Gemersik)
Being a mc its not the goal, gaining the experience, the knowledge is everything.
Ilmu ni takkan habis dari awal kite tengok dunia sampai nafas terakhir nanti.
Syukran jiddan ala kulli hal!
Wassalam.

MY RED LETTER DAY

Pada 29 September 2011 adalah hari yang bersejarah untuk aku. Historical la sangat kann. Haha. Kenapa?? Sebab first time aku jadi MC kat UMT ni. Walaupun aku da bergelar senior dlm Kelab Gemersik, tapi aku tapena jadi MC. Buuuhuuu. Kesian kan? Haha tapi jangan salah faham. Ni disebabkan tugas aku adalah sebagai S/U, so aku more kepada pengurusan kelab. Haa sambung balik citer jd MC td. Malam sebelum tu kitorang (ahli Kelab Gemersik) ada latihan untuk Pesta Konvo yang dijadualkan pd 29,30,1 dan 2 September. Aku memang tader ambik ape2 event pon waktu tu. Just tengok-tengok adik berlatih. Then dah pukul 12 lebih waktu tu, aku pun tibe2 nk tengok Fatin n Nadzlin berlatih utk MC Senam Seni kat tapak Pesta Konvo pd 29 bersamaan hari Khamis (sila cek calendar anda. Err perlu ke?). aku pon bagi la idea2 aku yang cerdik lg bernas utk diorang. Tetibe diorang ajak aku join sekali! aku pon menolak, maklum la tapena jd MC kan, kang hancur plak event tu + da ade 2orang dah, so xperlu MC yg ketiga. Huhu. Tp disebabkan pujuk rayu dan desakan diorang, aku pon join gak la. LOL.
Keesokan harinya. Tibe2 rase menyesal sebab setuju jd MC, sebabnye kene bangun awal! Haha! Mlm td da la blk lambat,pastu kene bgn awl plak.huh. =_=”(mengomelku seorang diri) aku pun bersiap dgn sempoiinye pakai skinny n selipa. Sepatotnye kene pakai sportswear yela nk g bersenam kan, tp aku tader, tinggal kt umah (ok, tayah komen pape). Then kitorng pon bergerak ke destinasi iaitu tapak pesta. Pegi2 da ramai da student dtg, semangat seyy diorang!! Mungkin senam start pkl 9a.m tp pkl 8 diorang da terpacak kt tapak pesta. Ok.budak UMT sgt baguss! Then event pon start, dan kitorang kene panggil student utk berkumpul kt dataran depan pentas. Gelabahh weyh. Caner nk panggil ni?? Aku pn ambik mic n belasah je membebel. Haha. Panggil 2,3 kali tp diorang xdtg. Ahh~ aku buntu. Merepek dan merepek lg sehingga diorang dtg. Pastu event pon start. Tp yg peliknya, td yg mule2 gubra, tibe2 da syokk plak bercakap sampai xhengatt org len beb! Sory Lin n Fatin. J naseb bek event berjalan dgn baik dan satu bende yg aku perasan aku ad chemistry+biology+physics+math+dll dgn Nazlin. Kan Nazlin???? Haha. Mungkin sebab birthday kitorang bln yg same kot (aku membuat andaian sendiri) teeheee. Ape2 pon, aku nk ucap timekaseh kat kedua-dua partner aku n other gemersikan yg support aku sepanjang event berlangsung. Thanks jugak kt Mr. Pres sbb bg pluang kt aku jd MC. Baru aku tau best wooo jd MC.haha ^______^

>>>>permaisuri dewi kesuma,s/u kelab gemersik a.k.a P.D.K<<<<

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK TADIKA, TAPAK PESTA KONVO

Kalau ikot tentative event mmg spatutnya start pkul 8.30 so kitorang standbye b4 pkul 8.
Punctual la kan sbb 1st time event.1st time mc kot
Keterujaan tu penting walaupun ketakutan dan kecuakan mengatasi segalanya
Latihan tu xyah kira r mmg tiap2 hari sbb nk yg terbaek
Takot ooo kalau2 hancur n abg amer marah
Bukan takot kt abg amer je tp takot  kt sumer2 snior la sbb diorang ajr kitorang mmg d best la
Snggup trun tiap2 hari even diorang sdri ad komitmen laen kan

So
Event tu start lmbt sket ats sbb trtntu
1st : Budak2 tdika x smpai2
2nd : Orang xde kt stu so cmne nk start event
3rd : Technical yg hndle mike sume lmbt dtg

Tu je kot msalah tp xde ap sgt pon.biasa la kn problem tu.nomal kot.
Tadika yg spatutnya ad 6 sumenya tak cukop 6 pon
Sebab ad yg juz bg nma tp xdtg mndftr
Bdw,overall happy sgt la even diri ini still mesh ad kekurangan
Best handle budak2 tadika sbb diorang comell sgt
Dgn mekap,keletah diorang
Trus tringt adek kecik kt rumah

Ad jgk part yg xleh lupe
Part msa bg hadiah
Masa tu part yaya mention n kbetulan nma budak tu sma cme binti je laen
Tak pasal2 ckgu dy wt muke tye knapa mng 2x
Dgn gelabah puyuhnya tgok blek nma tu n btol dh sbot
Akhirnya,kekeliruan tu dpt la dijernehkan blek

Overall
Mmg best,mmg pgalaman la J

NURSYIFAA IZZATI BINTI ABD.AZIZ
(Yaya)
NURUL NADIA
(Cik Bie)



Pertandingan Melukis Poster bertemakan BELIA BENCI ROKOK pada PESTA KONVO UMT KALI KE-9

Buat kali pertamanya kami berdua menjadi mc.Memg rase gementar giler..
Tugas kteowg pada ahri kedua pesta bkonvo,,lau ikut jadual pertandingan ni akan start pkul 3.00 petang.Kteowg sampai kat tapak pesta konvo tu pukul 2.15 ptg..Ye la,,first time  jd mc..tak tau lagi flow event dier mcm mane kn..Kteowg smpai pon PA system pon masih lagi berbungkus..Then,abg adam MPP yg inchargr pertsndingan ni pon x dtg lg..Time to kan lelaki g solat jumaat..TUP,,TUP...Kol 3.30 bru start pertndingan to,peserta pon hanye ada 9 orang je..

Tugas frst kteowg adalah buat announcement pggl peserta yg bertnding dalam pertandingan ni berkumpul kat food court.Then bila peserta da ada,tp hanye 9 org je,,,pertandingan pon bermula..
Satu jam setengah kemudian,bertandingan pon berakhir..Yang paling bestnye kteowg berdua ni turut menjadi juri bersama-sama Presiden MPP iaitu abang SUFI dan pensyarah hubungan etnik,..
Hehe,,,kelakar je kan..

Last sekali,,kteowng naik atas pentas untuk menyempurnakan sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan melukis poster ini..
Even kteowg punye tugas ni first time...
Kteowg sanagat happy sekali..

Terima kasih banyak-banyak kepada semua ahli kelab Gemersik kerana banyak tolong kteowg sepanjang mengendalikan majlis ini secara lansung ataupun tidak lansung..
Kami berdua berharap agar kami serta semua ahli kelab ini sama-sama dapat menimba ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin....

KAMI  SAYANG  GEMERSIK...



SYAMIMI ZULKIFLI
NURUL WAHEEDA ABDUL RASHID


Majlis Pelancaran Sekretariat Anak Johor dan Jamuan Raya Anak-anak Johor di Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. 

Hi semue…!!! Saya Dell!!! Kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya mengacarakan Jamuan hari Raya Anak-anak Johor di UMT.. Ermm.. Kali ini UMT jadi tuan rumah dan antara sahabat-sahabat kita dari ipt-ipt yang lain adalah seperti UniSZA, UKM, UMK dan Politeknik Dungun. Kali ini saya digandingkan dengan Permaisuri Dewi Kesuma yang kecil-kecil cili padi orangnya. Cabaran yang saya terpaksa tempuhi adalah bagaimana saya dan Dewi dapat mewujudkan suasana hari raya walaupun Syawal telahpun berlalu dan menghiburkan tetamu vip yang hadir.  Untuk kali ini, saya tidak kekok digandingkan dengan Permaisuri Dewi Kesuma kerana kami telah biasa berbual dan berjumpa sebelum ini.Kali ini dari segi pakaian memang tak masuk langsung. Saya dengan baju melayu biru Terqois dan Dewi dengan bbaju merah jambu yang meriah… Gadis jambu la konon kan. Hahaha… Tapi secara jujurnya kami tiada masalah semasa mengacarakan majlis ini kerana majlis pada malam ini santai-santai sahaja. Hanya ingin kongsi cerita sedikit, kenalan saya dari UKM saudara Fadzil Razali, MPP UKM terkejut melihat saya jd mc. Juga Timbalan Sohor dari UKM , Saudara Najib juga melahirkan rasa teruja kerana tidak menyangka yang saya boleh mengendalikan majlis pada malam tersebut. Yelah… Saya ni bile dengan orang yang tak rapat sangat agak pendiam. Jadi mereka memberi pujian kepada saya, katanya “diam-diam ubi berisi”.Meraka tak tahu sebenarnya saya memang seorang yang banyak mulut. Hahhaha.. Ok.. Sampai sini saje coretan saya… Salam saying 1 Gemersik!!!

dell


Malam Rintihan Gaza

Sempena Pesta Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ka li ke-9

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca semua. Hi sekali lagi!!! Saya Dell!!! Untuk entry kali ini, Dell akan menceritakan pengalaman Dell jadi mc untuk Malam Rintihan Gaza. Rasanya yang kenal Dell taulah macam mane diri Dell yang tak berapa nak soleh ni. Jadi pada malam ini, sangat mencabar buat Dell kerana Dell perlu bijak bermain emosi penonton untuk mengumpul dana buat saudara mara kita yang kurang bernasib baik di Bumi Gaza.Pada kali ini Dell telah digandingkan dengan Saudari Fatin Nadzlin yang ayu sangat orangnya.Intonasi Nadzlin memang kena dengan majlis ini kerana secara naturalnya intonasi Nadzlin memang mendayu-dayu dan boleh menyentuh hati penonton.Jadi bagaimana dengan Dell?Mampukah?? Hahahaha.. Terima kasih banyak-banyak buat Permaisuri Dewi Kesuma dan Hans kerana seharian bersama kami untuk sesi latihan kami. Dan terima kasih banyak-banyak buat Abang Amir yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat di belakang pentas. Jadi Dell rasa banyak kekurangan sepanjang Dell mengacarakan majlis ini dari segi intonasi dan penguasaan pentas.Hujan yang turun sewaktu majlis agak mematahkan semangat kami dalam mengacarakan majlis ini.Namun itu bukan alasan sebagai pengacara untuk menjayakan program yang telah dimandatkan dengan jayanya dan secara keseluruhnnya saya berpuas hati dengan persembahan saya walaupun ada kekurangan kerana saya telah lakukan yang terbaik.Pelbagai persiapan yang saya lakukan untuk mengacarakan Malan Rintihan Gaza sehingga membeli buku-buku dan artikel-artikal berkaitan Gaza.Pada malam tersebut saya memakai jubah Punjabi dengan selendang Asa-Syarif dan mendapat pujian daripada sifu saya dari segi pakaian.Namun katanya, saya perlu mencari identiti sendiri untuk dikenali.Kesimpulannya, saya sangat gembira berpeluang mengacarakan majlis ini kerana inilah kali pertama saya mendapat majlis yang perlu untuk saya bermain dengan emosi penonton. Terima kasih sekali lagi buat Abang Amir Ciput-ciput! Baiklah sampai sini sahaja okay… Salam Sayang 1 Gemersik!!!

dell