Kelab Gemersik merupakan kelab kebudayaan di bawah AKASIA yang masih baru di Universiti Malaysia Terengganu. Dengan berteraskan latar belakang kebudayaan, kelab kerdil ini merupakan satu-satunya kelab yang mengetengahkan pengacaraan sebagai asas penubuhannya. Setiap ahli kelab akan dilatih setiap minggu dengan ilmu-ilmu pengacaraan majlis formal mahupun tidak formal. Malah kelab ini telah melangkah satu tapak ke hadapan dengan menerapkan selok-belok protokol di dalam latihan di mana etika berprotokol ini mamat penting bagi seorang pengacaraan.
Melalui blog ini, pihak kelab ingin memberi sedikit ilmu pengacaraan yang boleh di kongsi serta menjadi medium media ini sebagai wadah untuk memberitahu perkembangan aktiviti kelab kerdil ini.
p/s: untuk entry akan datang insyaalah admin akan letakkan semua carta organisasi kelab, sejarah penubuhan, aktiviti, percapaian, kalam alumni dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment