selamat datang ke http://kelabgemersik.blogspot.com/ "Gemersik Suara, Selunak Bicara"

Sunday 27 November 2011

~~Majlis Penutup Festival Seni Dan Pengucapan Awam (USHER??)~~

Pengalaman jadi usher
Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Orite... selalu saya asyik update pasal menajdi seorang pengacara majlis je kan, kali ni saya telah berpeluang menjadi seorang usher bagi adik-adik tahun satu yang memenangi pertandingan “Junior Top Host’s UMT 2011” a.k.a JrTHUMT 2011 ape tu JrTHUMT? Hurm, mcm mana nak cakap ye~~~
JrTHUMT tu adalah satu pertandingan sempena Festival Seni dan Pengucapan Awam UMT 2011. Masuk tahun ni dah tahun ke-2 dianjurkan. Memang hevoc giler pertandingan tu. Ala-ala Top Host TV3 la katakan...
Ok, jauh sangat melalut. Back to the story, pemenang pertandingan tu diberi mandat sebagai pengacara tidak formal masa majlis penutup FSPA UMT (memandai je bagi nama singkatan, harap korang x marah). Kira diaorang sangat bertuah kerana dapat naik jadi MC untuk pogram besar macam tu coz saya pon x pernah dapat masa tahun 1.... Hehehe....  FYI, pemenang malam tu ialah:

·         Johan (L) : ZULQARNAIN B. MUSA
o   Johan lelaki yang sempoi, Zul ni pelajar tahun 1 Sarjana Muda Sains Samudera. Suara dia sedap dan gaya persembahan yang menarik. Mempunyai perwatakan yang menarik semasa mengacara dan tenang.
·         Johan (P) : NUR ADILA WAHIDA BT MD ISA
o   Johan perempuan, adik Adila ni dari Kos Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam), suaranya seiras pengacara rancangan Wanita Hari Ini TV3 (saper x ingat nama). Serious, x tipu punye.....
·         N.Johan (L) : MOHAMAD TERMIZI B MOHD ALI
o   Saudara Termizi ni dari Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai). Gaya ala-ala pelakon lelaki Jepun, dan sangat kreatif dan sempoi mengacara. Sangat sesuai untuk event pengacaraan tidak formal.
·         N.Johan (P) : NOR SORAYA AZURIN BT WAHIR
o   Cik Soraya ni dari Sarjana Muda Sains Matematik Kewangan (Junior Dell, hehehe), lenggok suara sebagai MC sangat sedap didengar. Baru tahun 1. Terpaksa menggantikan johan adik Adila utk malam penutup coz Adila ada exam malam tu.
·         Ke-3 (L) : AHMAD ADLI BIN MOHD AKHIR
o   Saudara Adli ni pon sangat sedap suara dier. Dier ni pelajar Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar). Sangat sesuai untuk event formal. Paling menyerlah masa task Malam Gaza yang diberi pada pusingan semi-final.
·         Ke-3 (P) :  NUR ASMA BT MOHAMAD RAMLI
o   Adik Asma ni dari Sarjana Muda Kaunseling (Junior Abg Mazzaid), sangat2 comel dan mudah tersenyum. Suara pon best didengar. Fleksible untuk event formal dan tidak formal. Serious, kalau x percaya tanya kat juri2.

P/S : Kalau nak tempah MC Majlis boleh la PM Fb Saudara Dell di (https://www.facebook.com/fadli.hussin), isi borang ye...... kalau x president marah.. hehehe...

Ok, jemputan malam tu adalah TNC Hal Ehwal Pelajar Dan Alumnai (HEPA) UMT.  So sangat berdebar la adik-adik saya nih (mengaku adik konon, siot je....).

Event malam tu secara magiknyer start awal, kul 8.30malam dah start. Penonton nampaknyer tak ramai mula-mula. Dan adik-adik kat belakang pentas sangat sibuk melancarkan skrip. Apa yang saya boleh buat masa tu Cuma bagi kata-kata semangat n dapatkan air, nasib baik ada seorang adik (adik lagi) dari kelab EmAC yang ditugaskan jadi usher untuk MC gak (nama adik tu ialah saudari . So kurang sikit bebanan (cakap macam banyak sangat keje, tapi x de la keje sangat malam tu). Tup, tap masa berlalu dan mc malam tu sangat bijak mengawal suasana. Walaupun ada sedikit kesilapan, tapi lumrah sebagai seorang manusia dan apatah lagi seorang yang baru menimba pengalaman, kesilapan tu biasa berlaku. So secara keseluruhanya saya berpuas hati dengan persembahan mereka pada malam tu, tahniah kepada adik Zulqarnain dan adik Soraya (johan ade test, so n.johan ganti) atas keberanian dan kesanggupan mengambil tanggungjawab pada malam tu.

So, secara kesimpulanyer. MC memerlukan usher untuk membantu kalau ada pertukaran last-last minute dan tugas-tugas kebajikan MC. Tak kan nak suruh MC lari-lari amik air untuk diri sendiri kan? Hahaha. Kesian diorang, belum start event nanti dah lelah nak baca skrip (ok, gurau je.). Namun begitu, tak semua event memerlukan usher. Usher sangat penting untuk event-event besar dan serdehana kerana MC conferm x boleh tinggalkan tempat mereka. Usher juga sangat penting untuk beri kata-kata semangat dan menenangkan MC. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami bidang ni bolehlah menghadiri latihan kami. Sekian......
Terima Kasih...

~~Gila Kentang Production~~

Penafian : Pihak ApexWood tidak bertanggungjawab atas segala tekanan perasaan dan jiwa pembaca yang cuba mencari gambar-gambar pemenang yang kacak, comel, cantik, bergaya dan manis untuk artikel ini kerana penulis artikel ini tidak mempunyai gambar mereka.(saya pon tengah cari gambar ngan Fb diorg untuk tujuan publisiti taapi x dapat... sori...) Pihak kami juga tidak dapat menyediakan gambar penulis yang bertugas untuk kali ini kerana gambar tersebut tidak dapat diambil dari pihak berkenaan.

No comments:

Post a Comment