selamat datang ke http://kelabgemersik.blogspot.com/ "Gemersik Suara, Selunak Bicara"

Thursday 1 December 2011

Apa yang anda perlukan untuk menjadi seorang pengacara?

Assalamualaikum dan selamat pagi.... 

Entry saya kali ini ditulis pada pukul 4 pagi oleh kerana berlebihan kafen dalam salur darah.... (credit to Nescafe Original)... Biasanyer minum bende tu x de effect, tapi kali ni terlebih effect pulak.... (mungkin sebab petang tadi dah melantak tido.... So, apabila rasa boring, saya mengambil keputusan untuk update blog.....

seriously, jangan jadi macam ni.. hahahaha.........

Entry pagi ini berkisarkan bagaimana nak jadi seorang pengacara majlis..... Pertama sekali, diakui bahawa saya bukanlah seorang pengacara yang berpengalaman luas jauh sekali seorang pengacara majlis profesional, tetapi saya ingin berkongsi sedikit-sebanyak ilmu kepada orang lain yang berhajat nak berjinak-jinak sebagai pengacara. So, kalau ada sebarang kesilapan, harap dimaafkan ye.

Tidak dinafikan, setiap manusia mempunyai bakat tertentu dalam sesuatu bidang. Dalam bidang pengacaraan, terdapat beberapa insan terpilih yang telah dianugerahkan bakat semulajadi dalam mengacara. namun begitu, sebenarnya bakat pengacaraan bagi kebanyakan orang bukanlah datang secara semulajadi, kebanyakan dari mereka bermandi peluh dan keringat untuk membentuk personaliti dan bakat menjadi pengacara majlis (Credit to Abg Bubu for thease word). sungguhpun suara anda kurang sedap didengar, sifat anda yang sangat pemalu, anda mempunyai darah gemuruh dan lain-lain penyakit kronik semasa berhadapan dengan orang ramai, perkara tersebut dapat dikikis dengan:

  1. Semangat ingin berubah yang kuat.
    • ok, dengan semangat yang kuat dan matlamat yang jelas, gunung pon anda boleh alihkan (err, metafora je ye...). seseorang yang mempunyai semangat dan matlamat yang kukuh mampu merubah diri sendiri. jikalau anda seorang yang pemalu atau berdarah gemuruh, cuba kuatkan semangat dan mencabar diri anda untuk kehadapan. kata pepatah, "Mana nak dapatkan sagu kalau x dipecahkan ruyong" (sungguhpun sagu boleh didapati dikedai runcit sekarang, itu bukan persoalanya.) bermaksud, kalau x berusaha mana nak berjaya. jadi, dengan azam yang kuat, kita akan lali dengan kutukan dan kita akan tetap engan matlamat untuk berubah menjadi lebih baik.
  2. Tidak mudah menyerah kalah"
    • there is no such things as failure in an action, its either you succeed or you have't found the right method to success" -Afiq 2011- (quote sendiri yang dicipta masa karang entry ni)
  3. Belajar dari pengalaman
    • ok, ini paling penting. pengalaman adalah guru paling jujur pada kita. "It slap you with mistake instead giving you the right answer so that you could learn from it: that is experience"
Jadi, apa yang sebenarnya diperlukan oleh seorang pengacara? apa yang diperlukan untuk memulakan bidang pengacaraan majlis? jawapanya ialah :

  1. Guru atau Mentor
    1. Guru merupakan perkara yang utama untuk bermula, carilah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas untuk membantu anda bermula. mereka akan mengajar dan berkongsi ilmu dengan anda. juga diingatkan, jangan malu untuk belajar walaupun guru atau mentor anda itu adalah individu yang lebih muda kerana pengalaman dan ilmu tidak terbatas pada had umur.
  2. Hati yang tabah
    1. Hati yang tabah? Kenapa? Kerana manusia sentiasa melakukan kesalahan. Sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui dan sedar tentang limitasi manusia. kadang0kala seorang pengacara profesional juga melakukan kesilapan. akan ada orang yang menegur anda selepas atau semasa anda mengacara sesebuah majlis. kadang-kala teguran itu lembut, tetapi kadang-kala teguran itu sangat kasar dan menyentuh lubuk hati. so, kuatkan diri dan anggap teguran itu sebagai teguran membina.
  3. Penguasaan teknik kendiri dan persekitaraan
    1. perkara ni sangat panjang untuk diterangkan, Insyallah saya akan terangkan dalam entri akan datang...
Dan, itulah sahaja yang saya dapat kongsikan pada malam ini. Perkongsian saya adalah lebih kepada perkara yang telah saya pelajari dari Mentor, Guru, Senior, Kawan-kawan, dan Lain-lain individu yang terlibat. saya harap perkara tersebut akan membantu anda untuk bermula. nantikan entry saya pada masa hadapan (seriously kalau rajin). so, selamat mengacara dan bergembira selalu.....

-Kentang Style 2011-

No comments:

Post a Comment