selamat datang ke http://kelabgemersik.blogspot.com/ "Gemersik Suara, Selunak Bicara"

Tuesday 10 April 2012

Majlis Ramah Mesra & Makan malam Y.A.B Menteri Besar Johor Bersama Anak Johor IPT

Assalamualaikum wbt & salam ceria buat semua.. 

Harap anda semua sentiasa ceria hendaknya..
Lama rasanya Del tidak mencoret kenangan dalam laman blog Gemersik..
Tetapi hari ini, Del berasa sangat terpanggil untuk berkongsi pengalaman manis Del bersama anda sebelum,semasa & selepas Del menjadi juruacara untuk majlis anjuran 
Sekretariat Anak Johor, SOHOR UMT kali ini.



Pada awalnya, Del berada di atas pagar sama ada mahu menerima atau pun tidak kerana takut "clash" dengan Program Lawatan Ilmiah ke Thailand, tapi Del tetap terima kerana permintaan dari senior yang Del sangat hormati iaitu Kak Suriyah (K. SUE) n Boyak (Pres. SOHOR). Ape yang berlaku lepas ni, Del akan cuba atasi dan akhirnya Del sangat bersyukur kerana Lawatan ke Thailand batal.

Del diberi pilihan oleh K Sue untuk memilih partner MC sendiri, dan Del telah memilih ASMA, pemenang ke3  Junior Top Host 2012. Banyak sebab, antaranya ;
1) Sudah tentu Asma juga warga SOHOR
2) Del nampak bakat besar pada ASMA n perlu digilap dan diasah lagi.
3) Del dah janji nak bagi event besar pada peserta Top Host, pertama Adila dah dapat MAKEP, ke-2. SORAYA da dapat event kat DSM, n tinggal ASMA jek belom..

5 APRIL 2012
Setelah selesai kami membuat teks pengacara, Del & Asma berpeluang untuk berlatih bersama MR. Pres, ABG AMIR Ciput2.. heheh.. Alhamdulillah, walaupun Abg AMir kurang sihat, dia tetap meluangkan masa untuk melatih kami. terima kasih banyak2.


6 APRIL 2012
Hari Ulang Tahun Del!! hehehe.. 
Tapi bukan ini yang Del nak cerita, Del dan urusetia telah tiba di Johor Bahru. Sampai2 Del dan Asma dibawa bertemu dengan pegawai2 dari Jabatan Penerangan Negeri Johor dan salah seorang daripadanya adalah seorang JURU ACARA DIRAJA.. Perjumpaan kami di Hutan Bandar ini bertujuan untuk menyemak teks mc kami. Banyak perkongsian serta tips yang beliau berikan walau pertemuan kami tak sampai 1 jam dan sesudah itu kami dibawa ke RTM Johor Bahru untuk membetulkan teks yang diperbetulkan oleh beliau.. Warga RTM menyambut kami dengan begitu baik... =)

pada petangnya, Del telah berjumpa dengan beberapa pegawai yang terdiri dari pegawai pejabat MB dan juga YPJ. Perjumpaan ini tak ambil masa yang lama tapi meninggalkan 1001 persoalan yang belum terhurai..

pada malamnya, Del keluar makan bersama Emi, Shahir, Bubu n geng2 yang lain.... Alhamdulillah, bubu berjaya kami heret untuk tidur di New York Hotel bersama kami n sempat jugak Del belatih bersama BUBU... Banyak yg dibetulkan oleh Bubu.. Banyak lagi yang del perlu pelajari dari Bubu.. Tido kul 4.00am... huhuhu

Bubu belanje Dell McD!!!! then lepak mamak.. balik bilik praktis!!! tq bubu!! dah la penat balik keje.. hehe

7 APRIL 2012
Awal pagi dah bangun, risau teks tak setel lagi.. Macam biasa;
 tetamu VIP tak konfem lagi.. (bahagian SOLUTASI banyak lopong)

Del praktis kat bilik banyk kali sebab risau sangat. Petang Kul 2 ada raptai.. Ape pun, semua kene ready.

Kul 2.00 pegi Ballroom cume cek suara jek kerana ada masalah yang tak dapat nak dielakkan sampailah pukul 5.30. Dan akhirnya, dapat arahan dari Emi selaku Event Manager katanya semua kene bersiap pukul 6.00 ptg kita raptai... Datang2, cume test microfon jek . TAK ADA RAPTAI... Bukan apa, Del agak kecut, event peringkat KEBANGSAAN, tapi tak ada raptai... Del hanya mampu berdoa pada-Nya agar semua berjalan lancar...

Sebelum majlis bermula, banyak perubahan, Del cuba atasi dengan tenang agar tidak memberi kesan kepada ASMA yang ketika itu agak berdebar. Katanya, "Del, kau semangat aku".. Del balas, "Aku yakin kau boleh, ingat, kita bawa nama UMT, jangan malukan UMT, jangan sesekali kita ckp takut, InsyaAllah kita boleh" Itulah dia, apa yg Del nak berkongsi disini, jika kita berpasangan menjadi MC, kita perlu saling menyokong, membantu walau apa keadaan sekali pun. Partner kita bukan lawan kita, tapi partner kita juga adalah sebahagian dari kita waktu itu. Jangan sesekali kita menjatuhkan sesama kita, kata-kata kita menggambarkan peribadi diri kita. Disini Del ada kongsi sedikit gambar2 kenangan yang sempat del "berpossing".. hehehe...

 Dell & Asma waktu test mic
 Kami menggayakan busana dengan tema hitam putih. amcam????
 Bersama org kuat event mlm ni EMI & SHAHIR.. tq guys!
Sape kate kami tak dapat bergambar dgn MB??? heheh
 Bersama usher kami :Dayah... serba biru..
krew teknikal NYH
 Selepas event, bergambar bersama sahabat n urusetia
 muke Del jelas nga nurvous.. xpe.. rilex...

muka ceria setelah semuanya berjalan lancar.. ALHAMDULILLAH..

Terima kasih kerana meluangkan masa anda... 

Assalamualaikum....

"Gemersik suara selunak bicara"
Dell

2 comments:

  1. nice dell... pas ni event luar dell dah boleh guide adk2.. =) guide kitorg sekali pon dah boleh dah.. =)
    awesome dell.... =D

    ReplyDelete