Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hi semue…!!! Saya Dell!!! Kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya mengacarakan Jamuan hari Raya Anak-anak Johor di UMT.. Ermm.. Kali ini UMT jadi tuan rumah dan antara sahabat-sahabat kita dari ipt-ipt yang lain adalah seperti UniSZA, UKM, UMK dan Politeknik Dungun. Kali ini saya digandingkan dengan Permaisuri Dewi Kesuma yang kecil-kecil cili padi orangnya. Cabaran yang saya terpaksa tempuhi adalah bagaimana saya dan Dewi dapat mewujudkan suasana hari raya walaupun Syawal telahpun berlalu dan menghiburkan tetamu vip yang hadir. Untuk kali ini, saya tidak kekok digandingkan dengan Permaisuri Dewi Kesuma kerana kami telah biasa berbual dan berjumpa sebelum ini.Kali ini dari segi pakaian memang tak masuk langsung. Saya dengan baju melayu biru Terqois dan Dewi dengan bbaju merah jambu yang meriah… Gadis jambu la konon kan. Hahaha… Tapi secara jujurnya kami tiada masalah semasa mengacarakan majlis ini kerana majlis pada malam ini santai-santai sahaja. Hanya ingin kongsi cerita sedikit, kenalan saya dari UKM saudara Fadzil Razali, MPP UKM terkejut melihat saya jd mc. Juga Timbalan Sohor dari UKM , Saudara Najib juga melahirkan rasa teruja kerana tidak menyangka yang saya boleh mengendalikan majlis pada malam tersebut. Yelah… Saya ni bile dengan orang yang tak rapat sangat agak pendiam. Jadi mereka memberi pujian kepada saya, katanya “diam-diam ubi berisi”.Meraka tak tahu sebenarnya saya memang seorang yang banyak mulut. Hahhaha.. Ok.. Sampai sini saje coretan saya… Salam saying 1 Gemersik!!!
dell
No comments:
Post a Comment