selamat datang ke http://kelabgemersik.blogspot.com/ "Gemersik Suara, Selunak Bicara"

Tuesday, 25 October 2011

Malam Rintihan Gaza

Sempena Pesta Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu ka li ke-9

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca semua. Hi sekali lagi!!! Saya Dell!!! Untuk entry kali ini, Dell akan menceritakan pengalaman Dell jadi mc untuk Malam Rintihan Gaza. Rasanya yang kenal Dell taulah macam mane diri Dell yang tak berapa nak soleh ni. Jadi pada malam ini, sangat mencabar buat Dell kerana Dell perlu bijak bermain emosi penonton untuk mengumpul dana buat saudara mara kita yang kurang bernasib baik di Bumi Gaza.Pada kali ini Dell telah digandingkan dengan Saudari Fatin Nadzlin yang ayu sangat orangnya.Intonasi Nadzlin memang kena dengan majlis ini kerana secara naturalnya intonasi Nadzlin memang mendayu-dayu dan boleh menyentuh hati penonton.Jadi bagaimana dengan Dell?Mampukah?? Hahahaha.. Terima kasih banyak-banyak buat Permaisuri Dewi Kesuma dan Hans kerana seharian bersama kami untuk sesi latihan kami. Dan terima kasih banyak-banyak buat Abang Amir yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat di belakang pentas. Jadi Dell rasa banyak kekurangan sepanjang Dell mengacarakan majlis ini dari segi intonasi dan penguasaan pentas.Hujan yang turun sewaktu majlis agak mematahkan semangat kami dalam mengacarakan majlis ini.Namun itu bukan alasan sebagai pengacara untuk menjayakan program yang telah dimandatkan dengan jayanya dan secara keseluruhnnya saya berpuas hati dengan persembahan saya walaupun ada kekurangan kerana saya telah lakukan yang terbaik.Pelbagai persiapan yang saya lakukan untuk mengacarakan Malan Rintihan Gaza sehingga membeli buku-buku dan artikel-artikal berkaitan Gaza.Pada malam tersebut saya memakai jubah Punjabi dengan selendang Asa-Syarif dan mendapat pujian daripada sifu saya dari segi pakaian.Namun katanya, saya perlu mencari identiti sendiri untuk dikenali.Kesimpulannya, saya sangat gembira berpeluang mengacarakan majlis ini kerana inilah kali pertama saya mendapat majlis yang perlu untuk saya bermain dengan emosi penonton. Terima kasih sekali lagi buat Abang Amir Ciput-ciput! Baiklah sampai sini sahaja okay… Salam Sayang 1 Gemersik!!!

dell

No comments:

Post a Comment