Kem Gerak Minda Matematik Tambahan
Pada 22 hingga 24 haribulan Setember yang lepas, saya telah mendapat jemputan bagi mengacari majlis yang telah dijalankan oleh Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu. Program ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari hari Khamis sehingga hari Sabtu.
Pada awalnya saya telah ditugaskan hanya untuk majlis perasmian sahaja. Namun begitu, setelah perbincangan dilakukan, saya telah diminta oleh untuk mengacarai majlis tersebut sepanjang 3 hari majlis itu dijalankan (kecuali malam). Dan saya juga telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa tetap majlis tersebut atas sebab saya juga merupakan mahasiswa bidang matematik.....
Kem gerak minda tersebut merupakan kesinambungan kem gerak minda 1 yang dijalankan sebelum ini. Justeru itu, saya diberi tugas untuk mengendalikan pogram tersebut bukan sahaja sebagai pengcara majlis tetapi juga sebagai pengisi slot jika berlaku kekosongan atau kelewatan.
Sememangnya tugas sebagai seorang pengacara amat mencabar dan sukar. Pada hari pertama, saya terpaksa menukar skrip untuk majlis perasmian sejurus sebelum majlis kerana terdapat ketidakhadiran salah seorang pegawai yang dijemput. Namun begitu, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan bantuan daripada exco serta ahlijawatankuasa yang bertugas.
Sekali lagi kebolehan saya tercabar apabila slot ceramah yang pertama dijalankan. Saya telah dikejutkan dengan kedatangan timbalan dekan fakulti FST. Secara jujurnya, saya tidak mengenali beliau. Justeru itu, saya menegaskan agar ahli Gemersik agar sekurang-kurangnya mengenali para pegawai atau pensyarah yang terlibat sebelum mengendalikan sebarang majlis bagi mengelakan kesilapan.
Selepas tamat hari pertama, saya dan exco bertugas serta adik-adik perserta kem Kegamatam telah ditempatkan di Chalet Anis, Tanjung Gelam dan sebahagian lagi ditempatkan di Homestay Tun Hamka di Gong Badak.
Pada hari kedua, saya ditugaskan mengacarai sebuah bengkel yang dikendali oleh seorang guru pakar yang dijemput khas. Pengalaman tersebut amat menyeronokan kerana beliau tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada saya dan semua perserta pogram sepanjang bengkel tersebut diadakan. Bengkel tersebut telah berjalan selama ½ hari di Dewan Syed Jalaludin Fakulti Sains dan Teknologi UMT dan kami berhenti pada jam 11.30 untuk menunaikan solat jumaat di masjid yang berdekatan.
Sesi petang hari kedua telah disambung dengan ceramah dan saya difahamkan bahawa perserta pogram akan menjalani ujian bagi menentukan tahap kefahaman mereka terhadap bengkel yang disediakan pada waktu malam.
Hari ketiga merupakan hari terakhir yang telah dijalankan di Dewan Syed Mahyuddin, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UMT. Namun begitu, diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan, saya terpaksa memberi tugas sebagai pengacara majlis penutup kepada Saudari Asilah untuk dikendalikan. Namun begitu, saya sempat juga menghadiri majlis tersebut selepas tamat tugas luar yang diamanahkan. Majlis tersebut telah ditutup rasmi oleh Ketua Jabatan Matematik dan pogram tersebut telah berakhir tepat jam 3 petang.
Sesungguhnya pengalaman mengendalikan majlis sebegini besar telah memberikan saya seribu pengertian dan pengalaman. Saya juga dapat berkenal-kenalan dengan adik-adik yang datang dari pelbagai sekolah yang berhampiran serta bertukar-tukar pendapat bersama mereka. Dugaan dan cabaran yang mendatang membuahkan satu kenangan yang manis pada akhirnya. Sesungguhnya tiada satu kerja pun didunia yang tidak diuji kerana ujian itu mematangkan kita dan memberi kita satu titik tambah dalam kehidupan umumnya dan dalam bidang pengacaraan secara khususnya.
Sekian,
AFIQ Y.B.
No comments:
Post a Comment