24 September 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca semua… heheh…Ingat saya lagi? Saya Dell!!! Untuk coretan kali ini, saya akan berkongsi pengalaman saya mengacarakan Majlis Penutup Karnival Rekreasi Sekretariat Rakan Muda. Huh!!! Nak tahu kenapa saya hembus nafas tiba-tiba? Sebenarnya pada hari Jumaat, 23 September saya baru sahaja mengacarakan Majlis Riang Ria Aidilfitri HIMMAT dan pada keesokan harinya saya diberi mandate untuk mengacarakan satu lagi majlis iaitu Majlis Penutup Karnival Rekreasi Sekretariat Rakan Muda. Pada malam ini sepatutnya orang lain yang mengcarakan event ini, jadi saya hanyalah bidan terjun. Saya telah digandingkan dengan Kak Shud yang comel orangnya.Sangat sangat selesa bergandingan dengan Kak Shud.Pada malam ini, isi keserasian pakaian tidak perlu disoalkan kerana kami mengenakan baju melayu dan baju kirung yang berwana biru terqois yang agak menyerlah warnanya. OK, dari segi pakaian kami ah menang, tapi bagaimana dari segi pengacaraan? Adakah kami serasi bersama?Macam-macam persoalan yang timbul dibenak pemikiran saya, kerana saya jarang berbual dengan Kak Shud. Tapia pa-apapun pada mala mini, saya cuba buat yang terbaik demi maruah Gemersik. Ramai barisan MPP pada mala mini, jadi saya ingin membuktikan pada mereka, Kelab Gemersik bukan kelab sembarangan.Majlis pada mala mini lebih santai, di mana pada awalnya kami perlu mengacarakan secara formal untuk sesi perasmian.Alhamdulillah saya tidak banyak masalah dari segi formal kerana sudah terbiasa mengacarakan majlis formal.Tapi masih banyak yang perlu saya perbaiki dan antaranya adalah ton dan pernafasan. Tiada siapa yang komen dari aspek ini, ia terlintas dari hati saya kerana Sifu saya, Abang Bubu selalu menegur saya untuk memberi warna pada ton formal saya. Dari segi suara sudah ok katanya, hanya perlu memberi kepelbagaian dari segi ton agar penonton tidak bosan.Selepas jamuan makan pada malam tersebut, tibalah masanya untuk saya mengacarakan majlis ini dengan tidak formal dan santai. Saya bukanlah orang yang gila-gila yang mampu membuat lawak sehingga orang boleh ketawa, tapi Alhamdulillah berkat pertolongan Abang Amir pada malam itu dengan memberi idea kepada saya dengan menarik perhatian penonton, semua penonton yang hadir sama-sama memberikan tepukan dan respon yang sangat baik pada malam tersebut. Selesai mengacarakan majlis ini, semua Majlis Tertinggi Sekretariat Rakan Muda memberikan respon yang baik dengan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjayakan program mereka.Layanan mereka yang sangat baik memberikan mood yang baik kepada kami untuk mengacarakan majlis tersebut. Baikla, sebelum anda semua bosan dengan cerita saya, lebih baik saya undur diri dahulu dan nantikan cerita saya seterusnya. Bye!!! Salam sayang 1 Gemersik!!!
dell
No comments:
Post a Comment