23 September 2011
Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca semua. Sebelum saya bercerita sedikit tentang pengalaman saya mengacarakan program Riang Ria Aidilfitri HIMMAT ini, eloklah kalau saya kenalkan diri saya terlebih dahulu… almaklumlah, orang selalu cakap, “tak kenal maka tak cinta”… Saya Mohd Fadli bin Hussin selaku Timbalan Presiden 2 kelab kesayangan kita semua iaitu Kelab Gemersik. Saya lebih mesra dengan panggalian manja “DELL”. Jangan gelak, senyum takpe… J Untuk majlis hari raya ini, merupakan “event” pertama saya untuk sem 3 ini. Saya bergandingan dengan Fatin Farhana yang sangat periang orangnya.Ini bukanlah kali pertama saya mengacarakan majlis hari raya untuk Kelab HIMMAT (Himpunan Mahasiswa Matematik) iaitu kelab akademik saya sendiri, tetapi ini buat kali kedua.Alhamdulillah mereka masih menjemput saya untuk mengacarakan majlis ini buat kali kedua.Bagi saya ianya merupakan satu penghargaan buat saya kerana diberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan majlis pada malam tersebut. Pada mulanya agak gementar, kerana saya tidak pasti sama ada saya serasi ataupun tidak bergandingan dengan Fatin kerana ini kali pertama saya digandingkan. Tetapi Alhamdulillah rata-rata memberikan feedback yang positif.Orang kata kami “serasi bersama”.Ermm… jangan salah faham, serasi dalam bidang pengacaraan sahaja.Alhamdulillah sekali lagi kerana saya rasa kali kedua mengendalikan majlis ini, saya rasa inilah yang terbaik jika ingin dibandingkan dengan yang lepas.Mungkin kerana faktor pengurusan eventnya yang baik dari segi persiapan tempat, persembahan dan sebagainya.Kekurangan yang saya dapat rasakan dan juga telah ditegur oleh Presiden Kelab Gemersik iaitu Abang Amir Ciput-ciput, katanya saya kurang sewaktu sesi cabutan bertuah.Satu faktor yang saya rasa penyebabnya adalah kerana terlalu banyak cabutan bertuah tetapi ramai yang tiada sehingga penonton terpaksa menunggu lama.Jadi disini saya rasa saya perlu lebih kreatif bagaimana saya boleh mengurangkan rasa bosan penonton bagi menanti sesi cabutan bertuah yang agak lama ini.Satu lagi kekurangan pada pengacaraan kami adalah dari segi pakaian.Sepatutnya pengacaraan secara bergandingan seperti ini memerlukan pasangan pengacara itu untuk sedondon. Pakaian kami temanya sama coklat, tetapi tak berapa nak masuk la orang cakap kan.. Tapi apa-apapun saya sangat seronok mengacarak majlis ini kerana selepas mengacarakan program ini, kami mendapat pujian daripada Ketua Jabatan Matematik kami iaitu Dr. Abdul fatah bin Wahab. Presiden MPP kita, Abang Aji juga memberi pujian katanya beliau sangat terhibur pada malam tersebut.Mana taknya, saya tarik beliau untuk sama-sama menyanyikan lagu raya ke pentas. Nasib baik beliau seorang yang sangat sporting..haha. Terima kasih Abang Aji..Terima kasih juga buat Abang Amir yang banyak membantu saya dan semua ahli kelab gemersik semua. Itu sahaja dari saya buat kali ini. Salam sayang 1 Gemersik.!!
dell
No comments:
Post a Comment