selamat datang ke http://kelabgemersik.blogspot.com/ "Gemersik Suara, Selunak Bicara"

Tuesday, 25 October 2011

Majlis Penutup Karnival Rekreasi Sekretariat Rakan Muda

24 September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca semua… heheh…Ingat saya lagi? Saya Dell!!! Untuk coretan kali ini, saya akan berkongsi pengalaman saya mengacarakan Majlis Penutup Karnival Rekreasi Sekretariat Rakan Muda. Huh!!! Nak tahu kenapa saya hembus nafas tiba-tiba? Sebenarnya pada hari Jumaat, 23 September saya baru sahaja mengacarakan Majlis Riang Ria Aidilfitri HIMMAT dan pada keesokan harinya saya diberi mandate untuk mengacarakan satu lagi majlis iaitu Majlis Penutup Karnival Rekreasi  Sekretariat Rakan Muda. Pada malam ini sepatutnya orang lain yang mengcarakan event ini, jadi saya hanyalah bidan terjun. Saya telah digandingkan dengan Kak Shud yang comel orangnya.Sangat sangat selesa bergandingan dengan Kak Shud.Pada malam ini, isi keserasian pakaian tidak perlu disoalkan kerana kami mengenakan baju melayu dan baju kirung yang berwana biru terqois yang agak menyerlah warnanya. OK, dari segi pakaian kami ah menang, tapi bagaimana dari segi pengacaraan? Adakah kami serasi bersama?Macam-macam persoalan yang timbul dibenak pemikiran saya, kerana saya jarang berbual dengan Kak Shud. Tapia pa-apapun pada mala mini, saya cuba buat yang terbaik demi  maruah Gemersik. Ramai barisan MPP pada mala mini, jadi saya ingin membuktikan pada mereka, Kelab Gemersik bukan kelab sembarangan.Majlis pada mala mini lebih santai, di mana pada awalnya kami perlu mengacarakan secara formal untuk sesi perasmian.Alhamdulillah saya tidak banyak masalah dari segi formal kerana sudah terbiasa mengacarakan majlis formal.Tapi masih banyak yang perlu saya perbaiki dan antaranya adalah ton dan pernafasan. Tiada siapa yang komen dari aspek ini, ia terlintas dari hati saya kerana Sifu saya, Abang Bubu selalu menegur saya untuk memberi warna pada ton formal saya. Dari segi suara sudah ok katanya, hanya perlu memberi kepelbagaian dari segi ton agar penonton tidak bosan.Selepas jamuan makan pada malam tersebut, tibalah masanya untuk saya mengacarakan majlis ini dengan tidak formal dan santai. Saya bukanlah orang yang gila-gila yang mampu membuat lawak sehingga orang boleh ketawa, tapi Alhamdulillah berkat pertolongan Abang Amir pada malam itu dengan memberi idea kepada saya dengan menarik perhatian penonton, semua penonton yang hadir sama-sama memberikan tepukan dan respon yang sangat baik pada malam tersebut. Selesai mengacarakan majlis ini, semua Majlis Tertinggi Sekretariat Rakan Muda memberikan respon yang baik dengan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjayakan program mereka.Layanan mereka yang sangat baik memberikan mood yang baik kepada kami untuk mengacarakan majlis tersebut. Baikla, sebelum anda semua bosan dengan cerita saya, lebih baik saya undur diri dahulu dan nantikan cerita  saya seterusnya. Bye!!! Salam sayang 1 Gemersik!!!

dell

Majlis Riang Ria Aidilfitri HIMMAT bersama Anak-anak Yatim Darul Falah

23 September 2011

Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca semua. Sebelum saya bercerita sedikit tentang pengalaman saya mengacarakan program Riang Ria Aidilfitri HIMMAT ini, eloklah kalau saya kenalkan diri saya terlebih dahulu… almaklumlah, orang selalu cakap, “tak kenal maka tak cinta”… Saya Mohd Fadli bin Hussin selaku Timbalan Presiden 2 kelab kesayangan kita semua iaitu Kelab Gemersik. Saya lebih mesra dengan panggalian manja “DELL”. Jangan gelak, senyum takpe… J Untuk majlis hari raya ini, merupakan “event” pertama saya untuk sem 3 ini. Saya bergandingan dengan Fatin Farhana yang sangat periang orangnya.Ini bukanlah kali pertama saya mengacarakan majlis hari raya untuk Kelab HIMMAT (Himpunan Mahasiswa Matematik) iaitu kelab akademik saya sendiri, tetapi ini buat kali kedua.Alhamdulillah mereka masih menjemput saya untuk mengacarakan majlis ini buat kali kedua.Bagi saya ianya merupakan satu penghargaan buat saya kerana diberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan majlis pada malam tersebut. Pada mulanya agak gementar, kerana saya tidak pasti sama ada saya serasi ataupun tidak bergandingan dengan Fatin kerana ini kali pertama saya digandingkan. Tetapi Alhamdulillah rata-rata memberikan feedback yang positif.Orang kata kami “serasi bersama”.Ermm… jangan salah faham, serasi dalam bidang pengacaraan sahaja.Alhamdulillah sekali lagi kerana saya rasa kali kedua mengendalikan majlis ini, saya rasa inilah yang terbaik jika ingin dibandingkan dengan yang lepas.Mungkin kerana faktor pengurusan eventnya yang baik dari segi persiapan tempat, persembahan dan sebagainya.Kekurangan yang saya dapat rasakan dan juga telah ditegur oleh Presiden Kelab Gemersik iaitu Abang Amir Ciput-ciput, katanya saya kurang sewaktu sesi cabutan bertuah.Satu faktor yang saya rasa penyebabnya adalah kerana terlalu banyak cabutan bertuah tetapi ramai yang tiada sehingga penonton terpaksa menunggu lama.Jadi disini saya rasa saya perlu lebih kreatif bagaimana saya boleh mengurangkan rasa bosan penonton bagi menanti sesi cabutan bertuah yang agak lama ini.Satu lagi kekurangan pada pengacaraan kami adalah dari segi pakaian.Sepatutnya pengacaraan secara bergandingan seperti ini memerlukan pasangan pengacara itu untuk sedondon. Pakaian kami temanya sama coklat, tetapi tak berapa nak masuk la orang cakap kan.. Tapi apa-apapun saya sangat seronok mengacarak majlis ini kerana selepas mengacarakan program ini, kami mendapat pujian daripada Ketua Jabatan Matematik kami iaitu Dr. Abdul fatah bin Wahab. Presiden MPP kita, Abang Aji juga memberi pujian katanya beliau sangat terhibur pada malam tersebut.Mana taknya, saya tarik beliau untuk sama-sama menyanyikan lagu raya ke pentas. Nasib baik beliau seorang yang sangat sporting..haha. Terima kasih Abang Aji..Terima kasih juga buat Abang Amir yang banyak membantu saya dan semua ahli kelab gemersik semua. Itu sahaja dari saya buat kali ini. Salam sayang 1 Gemersik.!!

dell

Kem Gerak Minda Matematik Tambahan

Kem Gerak Minda Matematik Tambahan

Pada 22 hingga 24 haribulan Setember yang lepas, saya telah mendapat jemputan bagi mengacari majlis yang telah dijalankan oleh Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu. Program ini telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari hari Khamis sehingga hari Sabtu.
Pada awalnya saya telah ditugaskan hanya untuk majlis perasmian sahaja. Namun begitu, setelah perbincangan dilakukan, saya telah diminta oleh untuk mengacarai majlis tersebut sepanjang 3 hari majlis itu dijalankan (kecuali malam). Dan saya juga telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa tetap majlis tersebut atas sebab saya juga merupakan mahasiswa bidang matematik.....

Kem gerak minda tersebut merupakan kesinambungan kem gerak minda 1 yang dijalankan sebelum ini. Justeru itu, saya diberi tugas untuk mengendalikan pogram tersebut bukan sahaja sebagai pengcara majlis tetapi juga sebagai pengisi slot jika berlaku kekosongan atau kelewatan.
Sememangnya tugas sebagai seorang pengacara amat mencabar dan sukar. Pada hari pertama, saya terpaksa menukar skrip untuk majlis perasmian sejurus sebelum majlis kerana terdapat ketidakhadiran salah seorang pegawai yang dijemput. Namun begitu, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan bantuan daripada exco serta ahlijawatankuasa yang bertugas.

Sekali lagi kebolehan saya tercabar apabila slot ceramah yang pertama dijalankan. Saya telah dikejutkan dengan kedatangan timbalan dekan fakulti FST. Secara jujurnya, saya tidak mengenali beliau. Justeru itu, saya menegaskan agar ahli Gemersik agar sekurang-kurangnya mengenali para pegawai atau pensyarah yang terlibat sebelum mengendalikan sebarang majlis bagi mengelakan kesilapan.
Selepas tamat hari pertama, saya dan exco bertugas serta adik-adik perserta kem Kegamatam telah ditempatkan di Chalet Anis, Tanjung Gelam dan sebahagian lagi ditempatkan di Homestay Tun Hamka di Gong Badak.

Pada hari kedua, saya ditugaskan mengacarai sebuah bengkel yang dikendali oleh seorang guru pakar yang dijemput khas. Pengalaman tersebut amat menyeronokan kerana beliau tidak lokek memberi tunjuk ajar kepada saya dan semua perserta pogram sepanjang bengkel tersebut diadakan. Bengkel tersebut telah berjalan selama ½ hari di Dewan Syed Jalaludin Fakulti Sains dan Teknologi UMT dan kami berhenti pada jam 11.30 untuk menunaikan solat jumaat di masjid yang berdekatan.
Sesi petang hari kedua telah disambung dengan ceramah dan saya difahamkan bahawa perserta pogram akan menjalani ujian bagi menentukan tahap kefahaman mereka terhadap bengkel yang disediakan pada waktu malam.
Hari ketiga merupakan hari terakhir yang telah dijalankan di Dewan Syed Mahyuddin, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UMT. Namun begitu, diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan, saya terpaksa memberi tugas sebagai pengacara majlis penutup kepada Saudari Asilah untuk dikendalikan. Namun begitu, saya sempat juga menghadiri majlis tersebut selepas tamat tugas luar yang diamanahkan. Majlis tersebut telah ditutup rasmi oleh Ketua Jabatan Matematik dan pogram tersebut telah berakhir tepat jam 3 petang.

Sesungguhnya pengalaman mengendalikan majlis sebegini besar telah memberikan saya seribu pengertian dan pengalaman. Saya juga dapat berkenal-kenalan dengan adik-adik yang datang dari pelbagai sekolah yang berhampiran serta bertukar-tukar pendapat bersama mereka. Dugaan dan cabaran yang mendatang membuahkan satu kenangan yang manis pada akhirnya. Sesungguhnya tiada satu kerja pun didunia yang tidak diuji kerana ujian itu mematangkan kita dan memberi kita satu titik tambah dalam kehidupan umumnya dan dalam bidang pengacaraan secara khususnya.

Sekian,
AFIQ Y.B.

Kenangan Menjadi MC Zatie besama Afiq

Tarikh : 24/9/2011 (sabtu)

Majlis orientasi dan jamuan hari raya bersama pembimbing siswa
           Jabatan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim


Assalamualaium semua …
Di sini zati  dan afiq ingin berkongsi cerita suke suki menjadi mc Majlis Orentasi dan Jamuan Hari Raya bersama siwa Jabatan Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim…

Untuk pengetahuan bersama…

Sebelum Majlis
setiap kali kita menjadi pengerusi majlis  formal dan tidak fomal… tentative akan deberi  2/3 hari sebelum majlis berlangsung
kami diberitahu oleh pengarah program bahawa majlis yang bakal dijalankan itu adalah majlis tidak rasmi…… .. jadi saya dan afiq pun dengan senang hatinye menyediakan text mc yng tidak rasmi….
Namun….. jeng2 jeng….. tiba2 kene buat text tidak formal….. kami diberitahu  tentang perubahan tersebut pada petang  hari sebelum Majlis Jamuan Hariraya bermula pada malam hari……
Ini membuatkan sedikit kelang-kabut dan kucar-kacir…. Nasib baik saudara Afiq ader contoh text mc yg baru sahaja dikendalikan olehnya… so ia memudahkan kami untuk merujuk text tersebut…. Jadi afiq  yang baik hati voluenteer nak wat text tersebut….

  Semasa Majlis Bermula…. 9.00pm

Semasa majlis bermula pun ader  sedikit masalah apabila Dekan Falkuti datang awal…… ini menyebabkan zati kurang bersedia sbb text hanya baca sekali sahaja… sbb afiq yg  buat text tersebut… ini membuatkan sy panic sedikit………
Namun…. Apalbila majlis bermula….. semua berjalan dengan lancar…
 Semasa program berjalan… sy pon semestinye ader kegentaran di jiwa…… maklumlah kita sekarang membawa nama kelab gemersik…. Jadi kenalah buat yang terbaik n sebaik yang mungkin….. nak cakap sy takut x jugak, sebab saya dah pernah jadi mc….. Cuma gemuruh…. Maklum lah…. Kos nie ramai pelajar dari kaum adam…. Biasanya saya masuk kelas kaum adam lah yang paling sedikit… terbalik pulak….  Dekan n Pensyarah yang datang pun lelaki…… hhehehe………
Dalam  menjalankan tugasan sebagai mc bersama afiq…. Tiada masalah yang timbul…. Cuma apa yang pasti kita kene elert dan cakap dengan betul nama-nama Orang besar seperti :
1.   Censelor
2.  Dekan
3.  Nama vip yang datang
4.  Nama program yang berlangsung

Ini kerana, pekara ini amat di ambil kira……

Pekara ini adalah satu pengajaran bagi saya kerana ia telah terjadi kepada diri saya sendiri…… namun berlainan sedikit,,,,
Saya  membaca nama jabatan yang salah… iaitu

“Jabatan Sains Nautika dan Pengurusan Maritim” 

yang betul adalah.

 “pengangkutan Maritim”

X pasai2  satu DSJ tegur….. hehehe….. pengajarannye….. jangan syok sendiri……. Fokus2……
Dah wat salah 2… pandai2 la mintak maaf…kan….

Selepas selesai

Apa yang menarik…. Kalau mc yang dijemput dr kelab lain…. Kita nie pun boleh dikatakan vip….. maklumlah  sy dan Afiq dapat makan dekat meja VIP…..

So marilah ramai2 promotekan diri dekat President kita nak jadi MC….. seronok jadi mc nie,,,,,
Kita  akan dapat banyak kawan dan kenalan…….


Zati n Afiq  ada beberapa tips khas kepada yang tidak berpengalam dan tidak pernah menjadi pengerusi majlis:-
  • Buat teks ucapan dengan merujuk sumber-sumber yang ada.
  • Baca teks berulangkali supaya kita biasa dengan teks.
  • Jangan lupa bawa teks semasa majlis sebenarnya.
  • Tidak perlu menghafal teks kerana ia akan memberi tekanan kepada anda. Bawa teks semasa berucap inilah jalan penyelesaiannya semasa berucap.( kecuaali formal)
  • Susun kertas teks mengikut aturan yang betul
  • Semasa berada di tempat berucap pandang keseluruh majlis dan orang yang ada.
  • Baca doa apa yang tahu. Senang bismillah dan selawat je.
  • Kumpulkan semangat yang ada dan mulalah berucap dengan yakin.
  • Kuasai suasana dan hilangkan gemuruh anda dengan mengatakan anda boleh. Fikirkan anda BOLEH! ini paling penting.

Sunday, 24 July 2011

Pentingkah pengacara bagi sesebuah majlis?

gambar hiasan

Baru-baru ini saya menghadiri satu majlis perkahwinan anak perempuan kepada seseorang yang bergelar Dato' di ibu negara, Kuala Lumpur. sememangnya persiapan majlis ini amat 'perfect'.Bermula dari pernikahan,persandingan dan kenduri.Semuanya amat cantik seperti yang kita selalu lihat di kaca TV seperti rancangan NONA dan  Cerita cinta.Maklumlah mereka mengupah orang untuk mengendalikan majlis kecuali pengacara majlis mereka meminta salah seorang dari anak saudaranya untuk menjadi pengacara majlis dengan sebab dia lebih tahu semua ahli keluarga yang akan di panggil untuk tepung tawar. pengacara ini tidak pernah menjadi pengacara majlis.akibatnya majlis menjadi rosak dek kerana kesalahan mc.

Maka kita berbalik kepada persoalan kita.pentingkah pengacara bagi sesebuah majlis?
ya!
Amat penting.
"Seseorang mc lah yang berupaya melonjak sesebuah majlis tu dari tahap gagal kepada tahap berjaya walaupun seberarnya majlis tersebut rosa.tetapi di mata tetamu ianya berjaya dengan jayanya."

jadi sekarang persoalannya kenapa saya katakan majlis tersebut gagal?

1.Pengacara majlis terlalu gugup sehinggakan menjejaskan pertuturannya
kemungkinan kurang berkeyakinan atau mungkin terlebih yakin sepatutnya mc perlu lebih mencari keyakinan dan kurangkan keserlahan darah gemuruhnya.Jika mc gerun terhadap tetamu yang hadir, dia boleh mengambil langkah 'pandangan z' atau pun 'spoted person' bagi mengurangkan kegugupanya.

2.Salutasinya tidak mengikut etika protokol.
Ini sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. Bagi seorang mc. Dia perlu tahu etika protokol serba sedikit untuk membantunya membuat salutasi dengan betul.

3.Ayat yang digunakan tidak sesuai untuk majlis kahwin seperti ini.
Sepatutnya ayatnya lebih berbunga dan berirama bagi menyerikan lagi majlis perkahwinan yang ala mewah ini.

4.Teks mc dibuat dalam iphone
Tak salah mengunakan teknologi tetapi iphone itu kecil dan susah di gunakan. Malah menjadi susah digunakan apabila diri pnegacara itu sendiri bercampur baur dengan darah gemuruhnya.

5.Mengunakan suara dan jeda yang salah
Ini memerlukan latihan untuk mencari suara dalam perutnya dan mengetahui jeda yang betul. Boleh la join Kelab Gemersik ya.

p/s: Kita belajar melalui kesalahan.Pengalaman merupakan guru terbaik yang mengajar kita erti kehidupan.

Saturday, 23 July 2011

Mukadimah

Kelab Gemersik merupakan kelab kebudayaan di bawah AKASIA yang masih baru di Universiti Malaysia Terengganu. Dengan berteraskan latar belakang kebudayaan, kelab kerdil ini merupakan satu-satunya kelab yang mengetengahkan pengacaraan sebagai asas penubuhannya. Setiap ahli kelab akan dilatih setiap minggu dengan ilmu-ilmu pengacaraan majlis formal mahupun tidak formal. Malah kelab ini telah melangkah satu tapak ke hadapan dengan menerapkan selok-belok protokol di dalam latihan di mana etika berprotokol ini mamat penting bagi seorang pengacaraan.
Melalui blog ini, pihak kelab ingin memberi sedikit ilmu pengacaraan yang boleh di kongsi serta menjadi medium media ini sebagai wadah untuk memberitahu perkembangan aktiviti kelab kerdil ini.

p/s: untuk entry akan datang insyaalah admin akan letakkan semua carta organisasi kelab, sejarah penubuhan, aktiviti, percapaian, kalam alumni dan sebagainya.